top of page

Clear-felling in Permanent Reserved Forests (PRF) Violating Malaysian Timber Certification Scheme (M

Recent satellite images detected clear-felling activities within Sg. Nipah PRF in Kemaman District and Rasau Kerteh PRF in Dungun District, Terengganu. Figure 1 shows a summary of the affected areas.


Gambaran satelit terkini menunjukkan aktiviti penebangan habis telah dilakukan di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Sg. Nipah di Daerah Kemaman dan HSK Rasau Kerteh di Daerah Dungun, Terengganu. Rajah 1 menunjukkan kawasan-kawasan yang terjejas.


Figure 1. Satellite images showing the areas affected (Q2 2018 - Q4 2019 + June 2019)/ Rajah 1. Gambaran satelit menunjukkan kawasan-kawasan yang terjejas (Suku 2 2018 - Suku

Figure 1a. Areas affected detected by GLAD alerts.

Rajah 1a. Kawasan-kawasan terjejas dikesan oleh GLAD.

Figure 1b. The areas affected in Sg. Nipah (left) and Rasau Kerteh (right) PRFs.

Rajah 1b. Kawasan-kawasan yang terjejas di HSK Sg. Nipah dan Rasau Kerteh.

It is shocking to learn that ~320 hectares of pristine forest have already been cleared in Sg Nipah PRF over a period of 3 months this year – and it is even more concerning that this was done in the middle of the forest reserve (refer Figure 2). Whereas, in Rasau Kerteh PRF, ~90 hectares were cleared in 2018 and another ~240 hectares have been cleared, so far, in 2019 (refer Figure 3).


Sekitar 320 hektar hutan yang berkualiti tinggi telah ditebang habis di HSK Sg. Nipah dalam masa 3 bulan sahaja – dan apa yang lebih mengejutkan ialah penebangan ini berlaku di tengah-tengah kawasan HSK tersebut (sila rujuk Rajah 2). Manakala di HSK Rasau Kerteh, ~90 hektar telah dibuka pada 2018 dan ~240 hektar telah ditebang habis pada 2019 (sila rujuk Rajah 3).


Figure 2. Clear-felling activities captured in Sg. Nipah Forest Reserve between 12 February 2019 - 28 June 2019.

Rajah 2. Gambaran satelit mununjukkan aktiviti penebangan hutan di HSK Sg. Nipah yang dikesan dari 12 Februari 2019 sehingga 28 June 2019.

Figure 3. Clear-felling activities captured in Rasau Kerteh Forest Reserve at A (24 Mar 2019 - 28 Jun 2019) and B (27 Jul 2018 - 23 Oct 2018).

Rajah 3. Gambaran satelit mununjukkan aktiviti penebangan hutan di HSK Rasau Kerteh yang dikesan di A (dari 24 Mac 2019 sehingga 28 Jun 2019) dan B (dari 27 Jul 2018 sehingga 23 Oct 2018).

Both PRFs are classified for Production (Category 1) purpose under the National Forestry Act and certified by Malaysian Timber Certification Council for sustainable timber harvest. Under the scheme, any clearing in PRF is against the Sustainable Forest Management (SFM) and Selective Management System (SMS) practised by Malaysia. This may be a serious issue of non-compliance and loss of valuable natural resource that can continue generating revenue for the state if managed properly.


Kedua-dua HSK tersebut diklasifikasikan sebagai Hutan Pengeluaran (Kategori 1) berdasarkan Akta Perhutanan Negara dan juga telah dipersijilkan oleh Majlis Pensijilan Kayu Balak Malaysia (MTCC – Malaysian Timber Certification Council) untuk pengeluaran kayu balak secara mampan. Mengikut pensijilan tersebut, hanya penebangan selektif yang membolehkan penjanaan semula hutan boleh dilakukan di dalam HSK supaya sumber kayu balak tidak terhaus dan dapat dibalak semula pada 30 tahun akan datang. Penebangan selektif adalah jauh beza dari penebangan habis yang menghapuskan hutan! Oleh itu, sebarang penebangan habis adalah tidak dibenarkan dan melanggar peraturan yang harus dipatuhi mengikut konsep Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM – Sustainable Forest Management) dan Sistem Pengurusan Selektif (SMS – Selective Management System) yang diamalkan di Malaysia. Maknanya, ini menjadi satu isu serius ketidakpatuhan (non-compliance) pada undang-undang/peraturan serta kehilangan sumber asli semulajadi yang berdaya menjana pendapatan serta perkhidmatan ekosistem yang berterusan untuk negeri Terengganu, sekiranya diuruskan dengan betul.


Terengganu may risk losing its certification for sustainably harvested timber and consequently lose market access among current buyers who require MTCS certification. Information from concerned citizens revealed that a private entity was given approval in 2017 to clear-fell a total of 4,515 hectares of healthy forests in Sg. Nipah PRF and Rasau Kerteh PRF. It is puzzling why the current state authority and government officials did not review this decision made by the previous state government and allowed a private entity to exploit such a large tract of pristine forests. It is not clear why clearing is taking place within PRFs as there have been no recorded public consultation, and we have yet to find any records of degazettement or EIAs. Land is a state matter and the Menteri Besar of Terengganu who also holds the portfolio for Planning, Finance, Investment, Land and Natural Resources and chairing the Lembaga Pengambil Hasil Hutan Negeri – should look into this issue and clarify this matter. Such clearing/project cannot go ahead without approval from state authority and regulated by forestry department.


Perkara ini juga mengundang risiko penggantungan pensijilan pengurusan perhutanan untuk negeri Terengganu. Tanpa pensijilan, penjualan kayu balak Terengganu boleh terjejas kerana tidak memenuhi permintaan pasaran bagi sumber kayu balak dengan pensijilan MTCS serta kehilangan minat pembeli dalam dan luar negara. Maklumat penduduk tempatan juga menyatakan bahawa satu syarikat persendirian telah pun diberi kelulusan pada tahun 2017 untuk menebang habis kawasan hutan seluas 4515 hektar di HSK Sg. Nipah dan HSK Rasau Kerteh! Sungguh menghairankan mengapa pihak kerajaan negeri baru dan pegawai kerajaan tidak mengkaji semula serta memperbetulkan keputusan yang diambil oleh pihak kerajaan negeri lama. Tambahan lagi, membenarkan syarikat persendirian untuk mengeksploitasikan kawasan HSK yang berkualiti tinggi yang sekaligus melanggar peraturan sedia ada. Niat dan tujuan kenapa penebangan habis dibenarkan di dalam kawasan HSK adalah tidak jelas. Walaupun tanah adalah hak milik kerajaan negeri, peraturan sedia ada harus dipatuhi dan sekiranya tidak memadai, peraturan tersebut harus diperbaiki. Mengikut perundangan sedia ada, penebangan habis/projek sebegini tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri yang seterusnya mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri untuk kawal selia. Diharap Dr. Ahmad Samsuri, selaku Menteri Besar Terengganu serta Pengerusi Lembaga Pengambil Hasil Hutan Negeri dapat memberi perhatian serius serta menjelaskan perkara ini dengan lebih teliti kepada rakyat Terengganu yang mengambil berat isu pengurusan hutan untuk generasi akan datang.


For clear-felling to occur quietly shows a disregard of the public as stakeholders and a lack of transparency.


Penebangan secara habis-habisan yang dijalankan sebelum notis nyahwarta diterbit seolah-olah mengetepikan hak rakyat Malaysia sebagai pihak berkepentingan sambil melepaskan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kerajaan negeri.




bottom of page